BILA HATI LAPANG
Bila hati lapang, rumah yang sempit terasa lapang,
Apabila hati sempit, rumah yang luas terasa sempit,
Dada rohaniah kita kenalah jaga,
Senang, susah dialah yang menentukan,
Bila dada lapang, hidup yang susah terasa senang,
Hidup payah, terasa mewah,
Miskin terasa kaya bahkan bahagia,
Apabila dada rohaniah sempit,
Di mana sahaja pergi terasa terhimpit,
Tempat yang lapang terasa sempit,
Kaya terasa miskin,ada terasa tiada,
Makan rasa tidak sempurna,
Padahal di hadapannya,bermacam-macam jenis lauknya,
Bila dada sempit dia tidak tahu apa yang hendak dicarinya,
Seolah-olah mencari barang yang tiada dimilikinya,
Dia tidak terasa memiliki apa-apa,
Rasa tiada sepanjang masa,rasa kurang sahaja,
Justeru itulah rasa tidak senang menusuk dadanya,
Rasa tidak tenang merobek hatinya,
Macam ditimpa kanser di dada,yang tidak dapat dilihat oleh mata,
Hanya yang terasa sakitnya.
KATA-KATA SAIDINA UMAR R.A
Kebajikan yang ringan adalah menunjukkan muka berseri-seri menunjukkan kata-kata lemah lembut
Barangsiapa menempatkan dirinya di tempat yg menimbulkan persangkaan maka janganlah menyesal kalau orang menyangka buruk padanya
Tidak ada ertinya Islam tanpa jemaah dan tidak ada ertinya jemaah tanpa pemimpin dan tidak ada ertinya pemimpin tanpa ketaatan
Aku tidak pedulikan atas keadaan susah atau senangku kerana aku tidak tahu manakah diantara keduanya yang lebih baik dariku
Kalau kita bermewah-mewah di dunia akan kurang ganjarannya di akhirat
Apabila engkau melihat orang yang berilmu mencintai dunia, maka curigailah ia mengenai agamanya, kerana orang yang mencintai sesuatu ia akan menyibukkan diri dengan apa yang dicintainya itu
No comments:
Post a Comment